Hello semua, hari ni mai nak share satu resepi kek yang simple tapi senang dibuat 😘 ala, akak²,adik²,abg²kat luar sana mesti terer da kan.buat kek? Apakata kat sini mai share satu resepi yang memang sedap dimakan bila² masa aje, moh kita tgok 😋
Baiklah, mula² sekali cari bahan seperti yang tertera dibawah tu ye :
1.serbuk koko (1cawan)
2.tepung gandum (1 1/4 cawan)
3. Gula (dikisar) (1cawan)
4.Minyak masak (1cawan) @ Marjerin (1cawan)
5.susu pekat manis (1cawan @ ikut pada kemanisan yang nak)(xkisah jenis apa pun)
6. Esen vanila (1 penutup @ 1sudu kecik)
7.baking powder (1 sudu kecik @ setengah)
8. Soda bikarbonat (1 sudu kecik @ setengah)
9. 4biji telur
Cara cara buat kek :
1. Mula mula ambil tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat dan serbuk koko, campurkn kesemuanya untuk di ayak 😎
2. Kemudian, selepas diayak. Asingkn dahulu. Lepastu, ambil 4 biji telur dan kembangkn telur tu dgn pemutar mesin kek. Baiklah, selepas dah siap semua tu.
3. Ambilkan semua bahan yang diayak tadi (no 1) tadi masukkan kedalam telur yang telah dikembangkn. Gaulkan bersama, susu,minyak masak, gula,dan masukkan esen vanila .
4. Gaulkan semua bahan tersebut sehingga sebati. Lepas je siap, ambillah loyang tu dan sapukan dgn marjerin lepastu letak kertas dan sapu lagi marjerin supaya kek yang dikukus tu xmelekat dan supayadkek tu nampak kemas dan sedap untuk dimakan 😍 kukus selama 45minit dgn suhu api y sederhana.
Bahagian ke2
Untuk topping kek pulak :
1. Serbuk koko (2sudu besar)
2. Susu cair / susu pekat manis ( tapi saya guna susu pekat manis je,bub y tu je ad time bt huhu) (setengah
Cawan) atau brgntung pd kemanisan masing2 .
3.phtu (suku gula @ 2sudu n besar gulaa yg telah dikisar).
4.selepas tu, gaul diatas kuali yang telah dipanaskan dgn api yg slow. Sampai sebati dan adunan tu pexterlalu cair dan xterlalu pekat.
Selepas itu, setelah kek disejuk kan, bolehlah dicurahkan topping tersebut sehingga sama rata diatas kek. Dan akhir sekali letakkan chip coklat atau koko urai mengikut kretiviti masing masing. And, lastly , Siap! 😍😍😍
Sekian, terima kasih sebab sudi membaca, nnty singgaj2 laa lagi ea, semoga resepi ni bermanfaat buat semua. Assalamualaikum 😍 -mai-
Saya buat menjadi kek ...saya ikut resepi ni lah.. akhirnya menjadi.saya harap ada resepi lain lah pulak.
BalasPadam