Helloo semua π ptg ni mai nak share resepi kek tiramisu cheese cake yg paling senang dan sedap π memang kacang giler laa nak buat π mohla kita try buat ayuhh! ππ
Sila baca cara cara membuat kek ini dibawah π
Mula mula kita sediakan bahan² ini dulu :
1.sebiji kek ( tak kisah kek jnis² apa pun, sama ada kek coklat,kek pisang,kek span pandan or apa2 je la y senang korang dpt )
2.lepastu, satu gelas air nescafe. (Kalau bole guna 1sudu kecik n lbih sikit air tu)
3. Cream Cheese(xkisah jenama apa pun tapi mai guna jnis anchor atau yg ag satu tu Tatura) (250ml)
4. Whipping Cream / Susu Segar (250ml)
*ikut pada sukatan cream cheese*
5. Esen Vanila (1sudu kecik)
6. Koko urai/Manik koko/
7. Serbuk koko
Bahan2 kek tu mcm yg kat bawah ni π
Baiklah semua tu je bahannya. Mari kita beralih pulok ke cara2 buatnya .
Sebelum tu, kita buat bahagian cheese luh. Cara2 dia, korang ambil pemutar mesin kek, korang masukkan cream cheese, whipping cream dan esen vanila terus. Korang putar² sampai sebati. Later, korang bt bhgian laen pulok. Bahagian dia tertera kat bwh nie πππ
1. Kek tu korang potong mengikut kesesuaian typeware(bekas) sama ada bulat2 atau petak² ke.
2. Lepas tu, korang sapu kan sikit kat atas kek tu bagi lembap dgn air nescafe biar ada rasa pahit² sikit tapi jgn terlalu byk pula nnti kang lembik pulok.
3. Kemudian, letak kat dlm bekas tu dan tekan² bagi mampat. Lepastu, u all, letakla cheese tersebut mengikut minat masing2 sama ada byk atau sdrhana.
3. Lepastu, korang ambik serbuk koko tabur² sikit2 je bg ada rasa. Lepas tu, korang potong ag kek tu dan letak kan ag cream cheese . Dan diikuti dgn serbuk koko diatas dan koko urai sebagai hiasan. *(lepastu u all teruskan dgn bekas y baru dan ikut step tu secara berulang2 sampai siap :) πππ
Lepas dah siap semua tu, korang letak dulu kat dalam peti bagi sejuk dan bilaa da rasa kek tu da sebati . barulah korang bolee makan huhu ππ




